Sistem Portal DIY Mesra Pengguna Pertama Dunia


Setelah menjalani proses penyelidikan lebih tujuh tahun, sebuah sistem masa hadapan yang akan menggantikan html kini telah dihasilkan. Sistem whizzfx yang diberi nama MyPortal merupakan sebuah sistem yang paling canggih untuk membina laman web bercirikan portal. Berkonsepkan “bina sendiri”, MyPortal telah menjadi sistem portal pertama di dunia yang mesra pengguna; berbanding sistem “bina sendiri” yang terhad untuk sekadar membuat laman web yang sedia ada di pasaran.

MyPortal bukanlah sebuah sistem ”Web Builder” tetapi merupakan sebuah sistem yang direkabentuk berasaskan XML sepenuhnya dengan menggunakan perisian Microsoft Com+ Object dan Microsoft XML. Sistem ini juga merupakan sistem membuat portal yang paling ringan di dunia. Bertunggakkan Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) yang paling fleksibel, MyPortal telah diperakui oleh lebih 20,000 pelanggannya sebagai sistem yang paling mudah untuk dikemaskinikan tanpa kepakaran teknikal yang tinggi. Semudah mengendalikan perisian Microsoft Word, pengguna dijamin dapat mengendalikan laman web bercirikan portal mereka dimana sahaja mereka berada (on-line).

MyPortal didatangi dengan pakej lengkap yang cukup efisien. Pakej yang merangkumi nama domain , web hosting, email serta CMS whizzfx ini dilengkapi juga dengan sistem 'offline' bagi memudahkan pengguna mengemaskini portal mereka tanpa internet. Sesuai dengan nama MyPortal menawarkan tiga pakej yang berbeza serendah daripada RM 50 tahunan. Modul - modul portal yang lengkap seperti forum, kalendar, borang online, direktori, pengurusan artikel, rss feed dan banyak lagi ada disediakan. Ianya juga membolehkan proses kemasukan gambar, imej, video, montaj menjadi lebih mudah dan dinamik.

Google Adsense dan Analytic antara modul yang telah siap terbina didalam sistem MyPortal ini. Pengguna hanya perlu mendaftar dengan Google bagi mengaktifkan akaun Adsense atau Analytic mereka dimana kod tersebut hanya perlu dimasukkan ke ruangan yang telah tersedia. SEO bagi Enjin Carian seperti Google juga telah siap terbina didalam MyPortal.

Ianya amat mudah dan sungguh efisien! Daftarlah hari ini!
 
Web Stats